Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

mAnuSia iTu unik.. (episod mata)

Friday 26 March 2010









“Mana silap kita jah..?”

“Abang…”

“Bulan mana? Hari mana jah ..? Anak kita dah mula pergi jauh dari kita..”

“Jangan fikir pasal tu la bang.”

“Hari demi hari, ini saja yang abang fikirkan. Sebelum abang pergi abang nak baiki kesilapan abang. Cakaplah jah apa yang abang silap.”

“Jah pun tak tahu bang..”

“Setahu abang, abang bagi semua sama rata. Apa yang abang bagi pada Aidil, abang bagi pada Adam.”

“ Mungkin di situ lah salah kita. Aidil dengan Adam tidak sama. Kalau kita bagi air kat pokok ni, berbunga. Kalau kita bagi air kat pokok tu pulak, tidak berbunga , malah layu pula. Sebab ia perlukan tanah kering untuk subur. Ia nak kan matahari, kita bagi air.”


********


Itulah sedikit sedutan perbualan antara mak Jah dengan Pak Hasan di dalam drama bersiri ‘Nur Kasih’. Drama bersiri ini sebenarnya pernah menjadi virus yang berlegar di mu’tah pada masa dulu. Namun, setelah tamat drama bersiri ini di Malaysia, barulah virus ini dapat dibanteras di mu’tah. Cerita ini pernah dicopkan drama yang agak islamik, walaupun saya kira pemakaian pelakon-pelakon yang dipakai dalam drama bersiri ini agak menjauhkan Nur Kasih dengan perkataan islamik. Namun begitu, apa yang baik sama-sama kita ambil iktibar, dan apa yang buruk kita campakkan jauh-jauh.



Sangat lah sesuai saya masukkan entri penulisan saya pada kali ini dengan sedutan filem yang agak menyentuh dan sekaligus dapat memberi kita satu pengajaran dalam lumrah kehidupan. Kata-kata Mak Jah sebenarnya memberitahu kita bahawa manusia ini walaupun dilayan sama rata, namun tidak semestinya dapat menghasilkan dua orang yang sama. Ini kerana lain orang, lain caranya.



Di dalam dunia ni ramai orang mengeluh,


“Ayah aku tidak adil la, adik aku selalu diberi barang baru!”


“Suami aku tidak adil la, aku nampak dia lebih sayangkan isteri muda dia tu!”


“Orang lelaki tidak perlu muraqqib pun pada waktu malam. Orang perempuan kena muraqqib. Ini tidak adil!”


“Sistem islam tidak adil! Kenapa lelaki dan perempuan tidak mendapat harta pusaka yang sama banyak!”


“Memakai tudung memang memanaskan. Islam memang menyusahkan!”



Astaghfirullah! Sampai begitu sekali manusia sanggup mempersoalkan keadilan hukum tuhan. Adakah mereka merasakan tuhan yang mencipta mereka dan mencipta hukum untuk mereka tidak adil?? Mustahil!! Allah yang mencipta manusia, maka Allah lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia.


Manusia umat nabi Muhammad bukan lah ma’sum. Kerana itulah Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad untuk menunjukkan jalan kepada manusia. Namun manusia sekarang bukan sahaja tidak mengikut jalan yang telah di tunjukkan, malah mencari-cari jalan lain yang kononnya memberi kepuasan kepada mereka.



“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (QS 5:50)



Kadang-kadang apa yang dilihat tidak adil bagi kita sebenarnya itulah yang adil bagi kita.

Misalnya, adakah adil seorang anak yang berada di sekolah rendah dan seorang lagi berada di alam universiti, sama-sama diberi duit belanja RM1 seringgit sehari? Tidak. Tidak sama sekali. Secara zahirnya, memang kedua-dua anak itu dari ibu dan bapa yang sama, tetapi tidak bermakna semuanya diberi 100% sama. Keperluan mereka lain. Anak yang berada di universiti itu memerlukan belanja yang lebih daripada anak yang berada di alam persekolahan itu. Maka , ADIL sekiranya diberikan kepada anak yang belajar di universiti itu RM5 sehari dan RM1 kepada anak yang bersekolah lagi itu.



(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.” (QS 4:13)



Sebenarnya setiap apa yang telah dihukumkan sebenarnya semua ada hikmahnya. Tentang harta pusaka, anak lelaki lebih banyak mendapat harta pusaka daripada anak perempuan, ada hikmahnya. Tentang wanita, disyariatkan untuk bertudung dan menutup aurat, ada hikmahnya. Akhowat perlu di ‘muraqqib’ pada waktu malam, pun ada hikmahnya. Semuanya ada hikmah. Cubalah untuk melihat bukan hanya pada mata zahir sahaja, tapi cubalah melihat dengan menggunakan mata hati.




“Uniknya manusia mempunyai mata yang cantik, tetapi tidak dapat melihat apa yang ada di dalam hati manusia.”

ManUsia iTu uNik.. (episod 1)

Tuesday 16 March 2010


Tatkala melihat suasana hingar-bingar pekan mu’tah yang dikenali dengan pekan ‘Cowboy’ ini di tingkap bilik, teringat pula semasa zaman sekolah menengah dulu, semasa saya melakukan satu eksperimen tentang keperluan asas pokok. Cikgu mengarahkan supaya mengambil sebatang pokok kaktus dan sebatang pokok bunga renek biasa. Setiap daripadanya diberikan air yang sama banyak dan keperluan lain yang sama kuantitinya. Tetapi adakah disebabkan kita, yang kononnya telah berlaku adil kepada kedua-dua pokok itu menyebabkan kedua-dua pokok itu dapat hidup dengan baik??


Semestinya tidak. Pokok kaktus perlukan air yang sedikit, manakala pokok renek biasa memerlukan air yang banyak. Mereka walaupun sama-sama digelar pokok, namun setiap pokok mempunyai keperluan yang tidak serupa. Adakah kita dianggap adil dengan memberikan kuantiti air yang sama kepada mereka? itu bukan adil namanya...


Manusia diciptakan sama. Mereka mepunyai satu kepala, dua biji mata, dua telinga, satu mulut, sepasang tangan dan kaki. Namun benarkah mereka sama? Ya, memang mereka sama secara zahirnya, tapi secara hakikatnya mereka tidak serupa. Itulah uniknya manusia. Teringat kata pepatah, “Rambut sama hitam, hati lain-lain.” Seramai mana kita menjumpai manusia di bumi ini, maka seramai itu jugalah kita dapat menjumpai pelbagai jenis perangai manusia.


Saya tertarik dengan kajian DR. Fadzilah Kamsah tentang keunikan perangai manusia mengikut bulan dilahirkan. Kajian ini bukanlah ramalan mahupun tekaan yang mengarut, tetapi kajian yang dibuat oleh DR. sebagai seorang motivator selama lebih 25 tahun. Walaupun bukan 100% tepat, tetapi sekurang-kurangnya 70% +- mesti terdapat dalam diri kita.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & degil.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros.

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Orang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

"Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain.. "



P/S = InsyaAllah ‘Manusia itu unik ini’ akan bersambung….



   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..