Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

Aku ada blog sendiri...

Saturday 13 March 2010




Hari-hari di mu’tah sebenarnya agak mencabar. Cukup banyak permata-permata yang berharga yang sebenarnya dapat dikutip di tanah bumi syuhada’ ini. Namun pada hakikatnya permata-permata ini sebenarnya tidak akan datang sendiri melainkan kita sendiri perlu memulakan pencariannya.

Kadang-kadang tertanya mengapa saya perlu menulis blog.? Soalan yang agak sukar untuk dijawab sebenarnya. Pada mulanya mungkin disebabkan terikut-ikut dengan sahabat-sahabat yang semuanya mempunyai blog sendiri. Saya pun nak blog sendiri! Tapi bila difikirkan kembali untuk apa, barulah terasa sesuatu. Kalau blog sekadar untuk beromong-omong kosong, bercerita tentang diari-diari kehidupan tanpa makna, apatah lagi untuk dijadikan hobi untuk bersahaja, bukankah itu membuang masa namanya!!


Mengapa saya perlu menjadi seorang blogger?

1. Sebenarnya dengan mengikuti Bengkel Penulisan dan Pengurusan Blog baru-baru ini menyedarkan saya bahawa medan BLOG ini sebenarnya juga merupakan salah satu medan dakwah yang agak aktif pada zaman kini. Maka dengan penulisan ini insyaALLAH akan diberikan ganjaran oleh ALLAH S.W.T. .

2. Terima kasih kepada Hilal Asyraf kerana secara tidak disedari memberi semangat kepada saya untuk menulis walaupun saya sebenarnya tidak berbakat dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, saya tetap menulis dengan harapan saya akan dapat memperbaiki cara penulisan saya dari semasa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat yang ingin memberi teguran atau kritikan membina sangat-sangat dialu-alukan untuk penambahbaikan untuk penulisan akan datang. “Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.”

3. Selain itu, Saya ingin mendapat ramai kenalan terutama dikalangan mahasiswa Malaysia Jordan. Maklumlah, mahasiswa di sini bertaburan hingga 4 negeri, Mu'tah, Mafraq, Amman dan Irbid.Tidak lupa juga sahabt-sahabat seperjuangan yang berada di seluruh dunia seperti Mesir, Syria, dan dimana-mana sahaja. Mungkin dengan blog ini menjadi wasilah untuk kita saling kenal mengenali.


Maka dengan Asbab yang tidak seberapa ini memberi semangat kepada saya untuk menjadi seorang blogger yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Kepada pengembara-pengambara alam siber. Datanglah berziarah ke blog saya untuk sama-sama kita berkongsi sesuatu.


“Walaupun saya bukan yang terbaik tetapi saya tidak mahu menjadi yang tercorot.”

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..