Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

Ujian... tarbiyah daripada tuhan..

Sunday 11 April 2010








Dulu…

“Cinta ini haram. Tidak boleh ber’couple’. Zina hati, zina mata. Zina mulut.”

“Peperiksaan itu cumalah langkah pertama untuk hidup. Berjaya ataupun tidak bukan urusan kita.”

“TDI ataupun usrah merupakan tempat untuk kita mentarbiyah diri kita, masyarakat dan juga Negara….”



Fuh….!


Sekarang…

“Aku rasa aku minat sangat la kat dia. Aku ni, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena…dan macam-macam lagi la…

“Aku study pun tak cemerlang juga. Baik aku tak payah study.”

“Naqib tak best, tak nak lah aku pergi usrah hari ini…”



Kehidupan seorang manusia tidak akan sunyi daripada diuji, apatah lagi jika seseorang itu merupakan khalifah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Bila seseorang itu di gelar Muslim, sejak dari akil baligh sehinggalah ajal menjemput mesti dihujani dengan cubaan dan dugaan. Ujian yang mana bukan sahaja untuk dilalui, malah akan dinilai oleh Allah Azza wa Jalla.



الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya (QS. Al-Mulk : 2)



Kadang-kadang Allah mendatangkan kita ujian yang berbentuk musibah. Kadang-kadang juga Allah mendatangkan ujian yang berbentuk kesenangan. Ada sesetengah manusia selalu melabelkan ujian yang pertama dengan ujian yang buruk dan yang kedua dengan ujian yang baik. Namun, secara hakikatnya kedua-duanya merupakan ujian daripda Allah. Dan kedua-duanya berpotensi untuk menentukan kita samada tergolong dalam mereka yang beriman ataupun sebaliknya.


Setiap orang mempunyai cubaan dan dugaan yang tersendiri. Ada orang ditimpa dengan ujian yang sangat berat. Ada juga yang diuji dengan ujian yang ringan. Namun tidak mustahil orang yang diuji dengan ujian yang berat itu berjaya melaluinya dengan tabah, dan tidak mustahil mereka yang diuji dengan ujian ringan itu boleh kecundang. Setiap orang, lain tingkat ujiannya.



Rasulullah SAW pernah menjawab pertanyaan Saad bin Abi Waqash mengenai tingkatan ujian itu.



قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً قَالَ « الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ


Aku (Sa'ad bin Abi Waqash) bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling berat Ujiannya?" Beliau menjawab, "Para Nabi, kemudian orang-orang yang semisalnya, kemudian orang yang semisalnya. Seseorang akan diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, maka ujiannya akan bertambah berat. Jika agamanya lemah maka akan ...diuji sesuai kadar kekuatan agamanya." (HR. Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Majah; Shahih menurut Al-Albani)



Begitulah juga kita,sebagai seorang penuntut ilmu agama Allah. Dulu mudah untuk kita berkata bahawa ujian ini perlu dihadapi dengan kesabaran, ketenangan, keimanan dan sebagainya. Namun apabila kita diuji, barulah terasa langit itu tinggi atau rendah.


Ada orang mampu hebat memberi ceramah, berapi-api mulut apabila bercakap, namun akhirnya kecundang dek seorang wanita.

Ada orang dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah-limpah, namun akhirnya tenggelam di dalam timbunan harta itu.

Ada pula orang yang sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun apabila diuji Allah dengan keputusan yang teruk, akhirnya kecewa dengan diri dan menyalahi takdir yang menimpa.



Nauzubillah…


Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ


Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dengan besarnya ujian. sesungguhnya, apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia mengujinya. Siapa yang ridha dengan ujian itu, maka ia akan mendapatkan keridhaan-Nya. Siapa yang membenci ujian itu, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah, dishahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGAHADAPINYA?


Sebenarnya Allah telah memberikan petunjuk umum dalam menghadapi ujian, agar hamba-hamba-Nya mampu lulus ujian seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah.

Ada dua perkara yang harus dimiliki atau dilakukan dalam menghadapi ujian itu; Baik berbentuk ujian kesusahan mahupun ujian kenikmatan. Dua perkara itu adalah kesabaran dan ketaqwaan.



Allah SWT berfirman:


وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ


Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.(QS. Ali Imran : 186)


Bersabar dan bertaqwa. Itulah kunci berjayanya seseorang menghadapi ujian. Tentu saja bentuk kesabaran ini akan berbeza saat ia berhadapan dengan ujian kesusahan dibandingkan saat menghadapi ujian kenikmatan.


Bentuk kesabaran saat menghadapi ujian kesusahan adalah dengan menzahirkan sikap redha pada Allah atas takdir-Nya, mengambil hikmah dari ujian itu, serta mengeluarkan segala ikhtiar untuk keluar dari kesulitan-kesulitan yang dihadapinya.

Sementara kesabaran dalam menghadapai kenikmatan, samaada berupa kekayaan, pangkat, ataupun perkara lainnya adalah dengan berhati-hati agar tidak terjerumus pada perkara-perkara yang berlebihan, perkara yang diharamkan, serta menyedari sepenuhnya bahawa itu adalah dari Allah semata, lalu mempergunakannya di jalan Allah Azza Wa Jalla.



Moga-moga Allah memberi kita ketabahan dan kesabaran kepada kita untuk menghadapi apa jua jenis cubaan dan rintangan untuk diharungi dengan penuh keimanan… amiin..





P/s : Ditulis untuk meningkatkan semangat diri sendiri…insyaAllah…

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..