Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

Pelangi selepas hujan....

Thursday 23 December 2010




Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.





Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang....

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.











credit to iluvislam.com

Di Puncak Gemilang...

Friday 3 December 2010



Aku melangkah,
Menongkah dan bertapak di bumi Sullamiah,
Sungguh aku tidak tahu, aku tidak mengerti,
Ketika dan detik aku keseorangan
Aku hanya mampu memandang,
Tatkala hatiku menyuburkan sebuah harapan,
Bisakah aku…

Kadar bila aku mula mengenal wadah perjuangan,
Ku singkap tirai yang labuh,mengjungkai tanah,
Agar bisa aku menatapi,
Sejernih wajah guru,
Saljunya menghujani semaian,
Menumbuhkan putik-putik semangat,
Dalam jiwa berkobar semarak api,
Memadamkan era kejahilan,
Mencantaskan tunas-tunas kebuntuan,
Menghapuskan segala keresahan,
Menghijrahkan sebuah kekeliruan,
Mengibarkan panji ke puncak GEMILANG….


Sayembara bermula,
Menyambut kembang bunga,memekari buana,
Keharuman menggenangi kopak-kopak hati yang leka.
Aku bangkit! Aku kembali teguh,menjunjung cita,
Mengejar sekelumit tinta emas berharga,
Mewarnai detik-detik kehidupan,
Mengislahi calit-calit kekotoran,
Membasuhi titik-titik kealpaan,
Mencipta sebuah galeri jihad dan perjuangan,
Menyusuri denai kebahagian….abadi…….

Aku kini di sini,
Tegakkan kaki teguh berdiri,
Engkau wahai guru mithali,
Membuka lembaran sesuci,setulus murni,
Mengajarku!Mendidikku!Mengasihaniku!Menyayangiku!
Walau pundak digalas resah,
Walau hati kecamuk gundah,
Tidak pernah menjarak langkah,
Bibirmu tetap mengukir senyuman gah,
Menitip nasihat suara si lebah,
Katamu……
Jangan kecundang dengan masalah,
Pasti kau tempuh terus menongkah

Ujarmu tidak pernah ku abaikan,
Ku semadikan dalam jiwa ku sematkan,
Bak burung sayap dilayarkan,
Merentas lautan gelora kehidupan,
Begitulah aku dengan ilmumu,
Bekalan digenggam menghunus buntu,
Sungai yang dahulu bak awan yang gundah,
Kini melimpah menggapai FALAH…..


Aku kini dipuncak gemilang,
Melambai tangan menggenggam kejayaan,
Aku tidak akan pernah lupa,
Pada budi dan jasa,
Sekalung penghargaan buat kalian semua,
Terima kasihku tidak terhingga,
Keranamu guru sekalian,
Aku kini DI PUNCAK GEMILANG…………..











Credit to SMUASian 07

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..