Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

mAnuSia iTu unik.. (episod mata)

Friday, 26 March 2010









“Mana silap kita jah..?”

“Abang…”

“Bulan mana? Hari mana jah ..? Anak kita dah mula pergi jauh dari kita..”

“Jangan fikir pasal tu la bang.”

“Hari demi hari, ini saja yang abang fikirkan. Sebelum abang pergi abang nak baiki kesilapan abang. Cakaplah jah apa yang abang silap.”

“Jah pun tak tahu bang..”

“Setahu abang, abang bagi semua sama rata. Apa yang abang bagi pada Aidil, abang bagi pada Adam.”

“ Mungkin di situ lah salah kita. Aidil dengan Adam tidak sama. Kalau kita bagi air kat pokok ni, berbunga. Kalau kita bagi air kat pokok tu pulak, tidak berbunga , malah layu pula. Sebab ia perlukan tanah kering untuk subur. Ia nak kan matahari, kita bagi air.”


********


Itulah sedikit sedutan perbualan antara mak Jah dengan Pak Hasan di dalam drama bersiri ‘Nur Kasih’. Drama bersiri ini sebenarnya pernah menjadi virus yang berlegar di mu’tah pada masa dulu. Namun, setelah tamat drama bersiri ini di Malaysia, barulah virus ini dapat dibanteras di mu’tah. Cerita ini pernah dicopkan drama yang agak islamik, walaupun saya kira pemakaian pelakon-pelakon yang dipakai dalam drama bersiri ini agak menjauhkan Nur Kasih dengan perkataan islamik. Namun begitu, apa yang baik sama-sama kita ambil iktibar, dan apa yang buruk kita campakkan jauh-jauh.



Sangat lah sesuai saya masukkan entri penulisan saya pada kali ini dengan sedutan filem yang agak menyentuh dan sekaligus dapat memberi kita satu pengajaran dalam lumrah kehidupan. Kata-kata Mak Jah sebenarnya memberitahu kita bahawa manusia ini walaupun dilayan sama rata, namun tidak semestinya dapat menghasilkan dua orang yang sama. Ini kerana lain orang, lain caranya.



Di dalam dunia ni ramai orang mengeluh,


“Ayah aku tidak adil la, adik aku selalu diberi barang baru!”


“Suami aku tidak adil la, aku nampak dia lebih sayangkan isteri muda dia tu!”


“Orang lelaki tidak perlu muraqqib pun pada waktu malam. Orang perempuan kena muraqqib. Ini tidak adil!”


“Sistem islam tidak adil! Kenapa lelaki dan perempuan tidak mendapat harta pusaka yang sama banyak!”


“Memakai tudung memang memanaskan. Islam memang menyusahkan!”



Astaghfirullah! Sampai begitu sekali manusia sanggup mempersoalkan keadilan hukum tuhan. Adakah mereka merasakan tuhan yang mencipta mereka dan mencipta hukum untuk mereka tidak adil?? Mustahil!! Allah yang mencipta manusia, maka Allah lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia.


Manusia umat nabi Muhammad bukan lah ma’sum. Kerana itulah Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad untuk menunjukkan jalan kepada manusia. Namun manusia sekarang bukan sahaja tidak mengikut jalan yang telah di tunjukkan, malah mencari-cari jalan lain yang kononnya memberi kepuasan kepada mereka.



“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (QS 5:50)



Kadang-kadang apa yang dilihat tidak adil bagi kita sebenarnya itulah yang adil bagi kita.

Misalnya, adakah adil seorang anak yang berada di sekolah rendah dan seorang lagi berada di alam universiti, sama-sama diberi duit belanja RM1 seringgit sehari? Tidak. Tidak sama sekali. Secara zahirnya, memang kedua-dua anak itu dari ibu dan bapa yang sama, tetapi tidak bermakna semuanya diberi 100% sama. Keperluan mereka lain. Anak yang berada di universiti itu memerlukan belanja yang lebih daripada anak yang berada di alam persekolahan itu. Maka , ADIL sekiranya diberikan kepada anak yang belajar di universiti itu RM5 sehari dan RM1 kepada anak yang bersekolah lagi itu.



(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.” (QS 4:13)



Sebenarnya setiap apa yang telah dihukumkan sebenarnya semua ada hikmahnya. Tentang harta pusaka, anak lelaki lebih banyak mendapat harta pusaka daripada anak perempuan, ada hikmahnya. Tentang wanita, disyariatkan untuk bertudung dan menutup aurat, ada hikmahnya. Akhowat perlu di ‘muraqqib’ pada waktu malam, pun ada hikmahnya. Semuanya ada hikmah. Cubalah untuk melihat bukan hanya pada mata zahir sahaja, tapi cubalah melihat dengan menggunakan mata hati.




“Uniknya manusia mempunyai mata yang cantik, tetapi tidak dapat melihat apa yang ada di dalam hati manusia.”

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

suara peringatan..