Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

::BiCara tErPendam:: episod 1

Thursday 22 April 2010








Kali ini bahang suasana peperiksaan di Mu’tah mula dirasai. Semua orang sedang menyibukkan diri untuk sama-sama munaqasyah ataupun lebih senang dikatakan, ‘Study Group’. Mahasiswa-mahasiswi semuanya seperti tidak lekang dek buku di mana-mana sahaja seperti di kedai, masjid , di Café Kome dan lain-lain lagi. EH! Betol ke ni??


Erm.. Benar kata orang untuk update blog bukan suatu perkara yang senang.. Perlukan semangat istiqomah yang tinggi. Kebuntuan idea sering menjadi alasan untuk tidak mengupdate blog. Tapi sayang, sekiranya blog tidak di update, ilmu tidak dapat dikongsi.. Pengalaman menjadi sia-sia.. dan banyak lagi kesan negatif yang lain.


Kali ini tidak ada apa pengisian yang penting untuk kita, Cuma sekadar hendak berkongsi satu pengalaman seseorang berbentuk cerita yang mampu membawa seribu makna kepada kita. Pengalaman seorang sahabat yang keliru, meluahkan segala yang bermain di dalam jiwanya. Pengalaman jatuh cinta. Huh! Panas ni..



“enta ni macam ada masalah je ana tengok. Janganlah pendam sorang-sorang. Nanti cepat tua”


“enta tak akan faham ana…”


“Eh, jangan lah macam ni. InsyaAllah selagi mana ana mampu ana akan tolong..


“enta janji??”


“InsyaAllah…. Enta ada masalah apa sebenarnya..?


“Entahlah.. ana pun tak pasti apa yang tak kena dengan diri ana ni…”


“Ana rasa, enta ni ada masalah cinta… ana kenal ramai orang macam enta ni..”


“Mungkin benar kata enta itu…”


Saya cuba mendekatkan diri kepada sahabat itu, saya rasa tidak patut seorang sahabat dibiarkan seorang diri tenggelam dek arus cinta yang semakin menular di kebanyakan manusia yang digelar remaja.


“Ceritalah kepada ana. InsyaAllah ana tolong.”


“Sebenarnya ana minat pada seseorang tu. Ana minat sangat-sangat kat dia”


“Alah… biasalah tu, dah fitrah.. ana pun ada minat kat seseorang.”


“Tapi ana lain.. Ana minat dia sejak dari darjah empat lagi.”



Wah.. hebat cinta dia. Sejak dari darjah empat. Siapa sangka masih lagi mampu bertahan hingga ke universiti. Kalah cinta Laila Majnun kali ini. Cinta Romeo Juliet pun tak mampu bertahan sampai macam ni..(semuanya simbolik belaka). Saya cuba berfikir, macamanalah hendak menolong sahabat ini dengan cara terbaik. Mungkin dia tiada tempat untuk meluahkan perasaan.


“Erm.. Ceritalah lagi pasal perempuan tu.” Saya memberi peluang untuknya meluahkan perasaan.


“Ana kenal dia di satu Tuition(kelas tambahan). Kali pertama ana lihat dia, ana sangat suka kat dia. Suka yang lahir dari dasar hati barangkali. Tetapi ana tak pernah bagitahu apa-apa kat dia. Cumalah suka sorang-sorang, tidak lebih daripada itu. Ana rasa itu semua cinta monyet asalnya..”


“Selepas itu, apa yang berlaku…??”


“ Hari terakhir tution kami, ana cuba memberanikan diri untuk minta nombot telefon. Masa itu ana rasa analah orang paling gembira kerana dia memberi nombr telefon kepada ana. Walaupun ianya hanyalah nombor telefon rumah..”


“Oh.. Lepas itu anta selalu ke telefon kepada dia??” Tanyaku.


“Pernah telefon. Tetapi tidak selalu. Ana Alhamdulillah lepas UPSR dapat masuk ke salah sebuah sekolah agama. Disanalah ana mengenal erti Islam… Had-had yang ditetapkan islam dalam pergaulan. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan…semuanya ana mula belajar. Sampailah satu tahap ana rasa bersalah atas apa yang yang ana lakukan semua ini..”


“Bagaimana dengan perempuan itu?”


“Ana dapat tahu, perempuan itu juga masuk sekolah agama. Rupa-rupanya dia juga mendapat didikan islam di sana. Sekarang ana dah tahu pasal kesalahan kami dan dia juga mengerti. Ana bercadang untuk tidak lagi berhubung dengan dia. Tiba-tiba…”


“Tiba-tiba apa?? Enta ni buat suspen je..”


“Tiba-tiba ana mendapat email daripada dia. Dalam email itu dia mengatakan bahawa ana tidak patut lagi berhubung dengan dia kerana perbuatan itu salah. Dia juga memberi alasan bahawa dia hendak menumpukan kepada pelajarannya… dan semestinya ana akur akan semua itu kerana ana juga sudah faham akan kedudukan yang salah ini.”


“Oh.. Sekarang enta ni bersedih sebab terkenang peristiwa lama la rupanya..”


“Tidak juga.”


“Habis itu??”


“ Dia muncul kembali dalam hidup ana selepas ana habis SPM. Dan perasaan ana terhadap dia juga tidak pernah berubah. Cuma masalah ana sekarang ana tidak tahu perasaan dia kat ana. Dan persoalan ini ana masih lagi pendam sorang-sorang sampai sekarang… “


“Enta.. sekarang ni enta ni pelajar agama… ramai mana lelaki yang tewas dek tangan seorang perempuan..”


“Ana tahu semua itu. Sebab itu ana tidak tidak berhubung dengan dia. Ana tahu batas-batas yang ditetapkan syara’.. Cuma masalahnya sekarang..ana masih lagi tidak dapat lupakan dia. Ana sentiasa melihat perkembangan dia melalui facebook dan lain-lain. Ana cuba melupakan dia, tapi tidak boleh. Kalau enta nak tolong ana, bagitahu ana apa SOLUSINYA??



Cerita akan bersambung, insyaAllah….


Itu dia, seorang pelajar agama pun tidak terlepas daripada terjebak daripada masalah cinta ini. Sengaja saya timbulkan persoalan di akhir cerita ini supaya pembaca dapat meluahkan sedikit idea sebagai solusi masalah di atas. Ikhlasnya saya pun tidak tahu macamana hendak menyambung cerita ini.Tidak tahu solusi paling sesuai.. Sedikit pesanan. Cerita ini tidak ada kaitan antara yang hidup mahupun telah meninggal dunia….

Ujian... tarbiyah daripada tuhan..

Sunday 11 April 2010








Dulu…

“Cinta ini haram. Tidak boleh ber’couple’. Zina hati, zina mata. Zina mulut.”

“Peperiksaan itu cumalah langkah pertama untuk hidup. Berjaya ataupun tidak bukan urusan kita.”

“TDI ataupun usrah merupakan tempat untuk kita mentarbiyah diri kita, masyarakat dan juga Negara….”



Fuh….!


Sekarang…

“Aku rasa aku minat sangat la kat dia. Aku ni, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena…dan macam-macam lagi la…

“Aku study pun tak cemerlang juga. Baik aku tak payah study.”

“Naqib tak best, tak nak lah aku pergi usrah hari ini…”



Kehidupan seorang manusia tidak akan sunyi daripada diuji, apatah lagi jika seseorang itu merupakan khalifah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Bila seseorang itu di gelar Muslim, sejak dari akil baligh sehinggalah ajal menjemput mesti dihujani dengan cubaan dan dugaan. Ujian yang mana bukan sahaja untuk dilalui, malah akan dinilai oleh Allah Azza wa Jalla.



الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya (QS. Al-Mulk : 2)



Kadang-kadang Allah mendatangkan kita ujian yang berbentuk musibah. Kadang-kadang juga Allah mendatangkan ujian yang berbentuk kesenangan. Ada sesetengah manusia selalu melabelkan ujian yang pertama dengan ujian yang buruk dan yang kedua dengan ujian yang baik. Namun, secara hakikatnya kedua-duanya merupakan ujian daripda Allah. Dan kedua-duanya berpotensi untuk menentukan kita samada tergolong dalam mereka yang beriman ataupun sebaliknya.


Setiap orang mempunyai cubaan dan dugaan yang tersendiri. Ada orang ditimpa dengan ujian yang sangat berat. Ada juga yang diuji dengan ujian yang ringan. Namun tidak mustahil orang yang diuji dengan ujian yang berat itu berjaya melaluinya dengan tabah, dan tidak mustahil mereka yang diuji dengan ujian ringan itu boleh kecundang. Setiap orang, lain tingkat ujiannya.



Rasulullah SAW pernah menjawab pertanyaan Saad bin Abi Waqash mengenai tingkatan ujian itu.



قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً قَالَ « الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ


Aku (Sa'ad bin Abi Waqash) bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling berat Ujiannya?" Beliau menjawab, "Para Nabi, kemudian orang-orang yang semisalnya, kemudian orang yang semisalnya. Seseorang akan diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, maka ujiannya akan bertambah berat. Jika agamanya lemah maka akan ...diuji sesuai kadar kekuatan agamanya." (HR. Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Majah; Shahih menurut Al-Albani)



Begitulah juga kita,sebagai seorang penuntut ilmu agama Allah. Dulu mudah untuk kita berkata bahawa ujian ini perlu dihadapi dengan kesabaran, ketenangan, keimanan dan sebagainya. Namun apabila kita diuji, barulah terasa langit itu tinggi atau rendah.


Ada orang mampu hebat memberi ceramah, berapi-api mulut apabila bercakap, namun akhirnya kecundang dek seorang wanita.

Ada orang dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah-limpah, namun akhirnya tenggelam di dalam timbunan harta itu.

Ada pula orang yang sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun apabila diuji Allah dengan keputusan yang teruk, akhirnya kecewa dengan diri dan menyalahi takdir yang menimpa.



Nauzubillah…


Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ


Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dengan besarnya ujian. sesungguhnya, apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia mengujinya. Siapa yang ridha dengan ujian itu, maka ia akan mendapatkan keridhaan-Nya. Siapa yang membenci ujian itu, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah, dishahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGAHADAPINYA?


Sebenarnya Allah telah memberikan petunjuk umum dalam menghadapi ujian, agar hamba-hamba-Nya mampu lulus ujian seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah.

Ada dua perkara yang harus dimiliki atau dilakukan dalam menghadapi ujian itu; Baik berbentuk ujian kesusahan mahupun ujian kenikmatan. Dua perkara itu adalah kesabaran dan ketaqwaan.



Allah SWT berfirman:


وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ


Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.(QS. Ali Imran : 186)


Bersabar dan bertaqwa. Itulah kunci berjayanya seseorang menghadapi ujian. Tentu saja bentuk kesabaran ini akan berbeza saat ia berhadapan dengan ujian kesusahan dibandingkan saat menghadapi ujian kenikmatan.


Bentuk kesabaran saat menghadapi ujian kesusahan adalah dengan menzahirkan sikap redha pada Allah atas takdir-Nya, mengambil hikmah dari ujian itu, serta mengeluarkan segala ikhtiar untuk keluar dari kesulitan-kesulitan yang dihadapinya.

Sementara kesabaran dalam menghadapai kenikmatan, samaada berupa kekayaan, pangkat, ataupun perkara lainnya adalah dengan berhati-hati agar tidak terjerumus pada perkara-perkara yang berlebihan, perkara yang diharamkan, serta menyedari sepenuhnya bahawa itu adalah dari Allah semata, lalu mempergunakannya di jalan Allah Azza Wa Jalla.



Moga-moga Allah memberi kita ketabahan dan kesabaran kepada kita untuk menghadapi apa jua jenis cubaan dan rintangan untuk diharungi dengan penuh keimanan… amiin..





P/s : Ditulis untuk meningkatkan semangat diri sendiri…insyaAllah…

Istimewa Buat Sobri : Selamat Hari Lahir

Friday 2 April 2010





Ironinya, sahabat terbaik saya, Muhammad Sobri Bin Faisal, tarikh lahirnya 2 April 1991. Ya, pada hari ini dia menginjak umur 19.


Semenjak rapat dengannya, saya tidak pernah lagi menyambut hari jadinya. belum pernah lagi dapat menyambut dengan bersungguh-sungguh, belanja dia makan dan beri dia hadiah yang menyeronokkan. Saya harap, Allah akan izinkan saya untuk mempunyai peluang bagi menyambut hari lahirnya dengan hangat kali ini.


Sebenarnya saya baru sahaja bersahabat dengannya tahun 2009, ketika dia mengambil STAM di Sekolah Menengah Zainal Abidin Batu Buruk. Sememangnya banyak kami berkongsi masalah suka dan duka bersama yang akhirnya kami bersama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke universiti mu’tah ini.


Saya bersahabat dengan Sobri kerana Allah Taala.. Moga Allah meredhai persahabatan ini..insyaAllah… berkekalan hingga ke syurga…amiiin.


Ada satu hadith sohih riwayat Bukhari&Muslim telah membuatkan saya menjadi bersemangat dalam menjaga persahabatan ini.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya”

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ya. Sekiranya benar-benar kita bina hubungan kita dengan sahabat kita kerana Allah SWT. Maka Allah akan melindungi kita di akhirat kelak.

Bersahabat atas keimanan, memang indah bukan?

So…


Selamat Hari Lahir Sobri. Semoga Allah redha dengan enta, megurniakan rahmat yang luas buat enta, membuka pintu-pintu rezeki enta, mengurniakan kecemerlangan kepada enta, dan menggolongkan enta dalam kalangan yang beriman kepada-Nya.


Sentiasa ana tembakkan doa berdas-das tanpa lupa buat enta. Tidak pernah melupakan enta dalam gerak perjuangan. Sentiasa mengharapkan agar Allah redha dengan ukhuwwah ini, dan moga-moga ukhuwwah ini memberikan kesan yang mendalam kepada diri kita, dan masyarakat.


Sesungguhnya, ana mencintai enta, melebihi diri ana sendiri.

Uhibbukafillah.

Happy Birthday yer..

pUisi sEpi pEraNtau..

Thursday 1 April 2010




PUISI SEPI PERANTAU


Pohon Tin itu mengingatkan daku

Sebatang pohon di desa

Tempat ku berteduh

Daripada teriknya sinar mentari

Ku bina ukhuwah di bawahnya

Bersama mereka membuatku bahagia


Namun kini aku di perantauan

Ku belajar erti kesepian

Baru terasa peritnya berjauhan

Teman-teman ku rindukan

Kegembiraan ku tinggalkan

Kebahagian ku korbankan

Kecintaan ku dambakan


Tidak sama di sini dan di sana

Banyak yang aku temui di sini

Yang tidak aku temui di sana

Kerakusan manusia mencengkam jiwa

Kebencian menguasai diri

Ketamakan menggilakan hati

Kepentingan hanyalah untuk diri

Kezaliman di canang merata-riti

Kebahagiaan seperti tiada lagi


Yang petah berkata-kata

Ilmunya tidak kemana

Seperti gendang kosong dipalu

Kuat bunyinya

Namun kadang-kadang sakit hati mendengarnya


Yang rajin dirinya

Tampil diri kerana nama

Hanyut dek arus pujian

Sering terbawa resmi ayam

Bertelur sebiji riuh sepekan


Yang hanya tahu mengeji

Hakikatnya iri hati

Tidak pandai berbudi

Atau mungkin terlupa barangkali

Akan kekurangan diri


Yang bersikap sinis

Menegur memberi nasihat

Namun diri sendiri masih berkarat

Kononnya akulah berserban berketayap

Di depan bagaikan malaikat

Namun di belakang kuat mengumpat

Kerana itulah aku keseorangan

Menyepi untuk ketenangan

Merindukan kenangan-kenangan

Beginilah waktu ditelan zaman

Menjadi perantau yang kesepian….




p/s : Puisi ini merupakan puisi yang pertama dinukilkan, mungkin ada banyak salah silap. insyaAllah siapa-siapa boleh memberikan teguran membina...insyaAllah......

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..