Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

Pemergian sementara...

Sunday 25 July 2010



Kali ini, sekadar post pendek. Ringkas-ringkas saja.

Ya, sekadar pengumuman bahawa saya akan berhenti menulis sementara.

Sebab??

Saya tidak ada sebab munasabah untuk berhenti menulis, tetapi kadang-kadang hati saya sendiri berbicara dengan diri saya....


"Perbaikilah diri sebelum membaiki diri orang lain..."

"Don't be hipocrite to yourself!"

"Susulilah percakapan dengan perbuatan.."

"Jangan menipu diri sendiri!"



Yup. Walaupun hakikatnya agak pedih menahan rasa, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk merubahnya menjadi kata-kata perangsang untuk saya.

Saya mengaku saya ni tidak sempurna, tidak layak untuk mengur dan menasihati.

Apa yang saya kongsi sebelum ini cumalah sekadar perkongsian.

Apa yang baik, ambillah buat pedoman.

Yang buruk, semestinya buang jauh-jauh.

Pertimbangkanlah...







Maka, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.

Bermuhasabah. Mencari diri yang sebenar.



Tok guru saya kata:

“Pendekar yang hebat itu pun, ada masanya perlu berehat untuk mengumpul tenaga, mengasah kekuatan, agar tidak tumpul kehebatannya”



Mas’ul saya pula ada pernah kata:

“Da’ie itu ada masanya kena berhenti untuk bermuhasabah, melihat belakang untuk mencari di mana salah, agar saat dia bergerak, dia hanya melakukan kesalahan baru bersama pergerakan yang berkadar terus dengan pengalaman”






Yup, untuk menyediakan segala kelengkapan untuk memperkemaskan diri, maka saya rasa saya memerlukan sedikit masa.

Segala kekuatan luaran dan dalaman akan saya perkemaskan.

Agar suatu hari nanti saya dapat membuktikan saya tidak bercakap kosong.

Saya mempunyai matlamat.

Dan saya akan cuba sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Agar menjadi penyuluh kepada hari-hari yang mendatang.

Saya memohon ampun atas segala kesilapan saya sebelum ini dari hujung kaki ke hujung rambut.

Doa kalian saya harapkan untuk saya lakukan perubahan kali ini.

Doakan kejayaan saya.

Assalamualaikum...w.b.t...






p/s= Saya akan berundur setapak untuk maju sepuluh tapak dihadapan....

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

free counters

suara peringatan..