Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

istimewa buatmu guru......

Saturday, 15 May 2010




Hari ini, 16 MEI 2010 merupakan hari yang disambut khusus untuk penghargaan kepda para guru di Malaysia.

Semasa kecil, saya sering menganggap guru ini hanyalah seperti mesin yang berkata-kata di dalam kelas yang kadangkala sangat membosankan. Cikgu yang garang untuk dibenci, manakala cikgu yang baik pula untuk disayangi. Cikgu Matematik hanya boleh ditanya tentang nombor-nombor dan formula-formula, cikgu Pendidikan islam pula hanya boleh ditanya tentang hukum-hakam,dan Cikgu Bahasa Melayu pula hanyalah berkisar pada syair-syair dan puisi-puisi…


Namun saya kira sebenarnya pandangan itu salah!


Guru bukanlah hanya sekadar guru matapelajaran. Tetapi guru lah ayah, guru lah ibu kepada anak.. kadang-kadang guru menjadi seperti abang dan kakak kepada seorang adik, dan kadang-kadang bagi guru yang veteran seperti datuk dengan cucu.

Namun semuanya mempunyai persamaan iaitu ingin mencurahkan sebanyak-banyak ilmu kepada anak didiknya. Manakala kita sebagai murid ingin menimba sebanyak-banyaknya ilmu daripada guru. Itulah pertalian antara guru dan murid. Pertalian yang sangat unik dan istimewa sebenarnya.


Selain daripada menjadi guru ilmu akademik dan peperiksaan, Tetapi guru juga merupakan guru kehidupan.Pada guru itu ada banyak rahsia kehidupan sebenarnya. Pernahkah anda bersembang-sembang dengan guru anda berkenaan kehidupan? Berkongsi pengalaman hidupnya, bertanya bagaimana dia mengharungi cabaran hidupnya?


Sebenarnya saya rindukan guru-guru saya yang pernah mengajar dan sabar melayan kerenah di Sekolah kebangsaan Gelugor dan Wakaf Mempelam. Tidak lupa guru-guru yang banyak menyelami hati saya di IMTIAZ Dungun. Dan Guru-guru di SMAASZA yang memberikan fikrah yang hebat-hebat kepada saya. Paling penting, kedua ibu bapa saya yang menjadi guru yang paling hebat dalam mendidik anakmu ini.

KALIAN semua Afif minta halal segala ilmu yang pernah ditumpahkan, dan Afif minta maaf atas segala salah silap selama ini. InsyaAllah Afif usaha gunakan semua yang guru-guru semua ajar untuk hidup dengan baik dan menyebarkan Islam. Semoga guru-guru Afif dirahmati Allah SWT, dan diberikan ganjaran yang tinggi serta besar di akhirat”










Orang kata guru itu penat

Gaji tak seberapa kerja berlambak

Aku kata guru itu rehat

Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat

Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat

Ilmu yang dicurah tak dapat disekat

Makin dicurah makin mendekat



Orang kata guru itu sungguh bosan

Setiap tahun muka sama setiap bulan

Aku kata guru itu singguh riang

Sekali berkata murid ketawa girang

Bila berjaya murid terus menjulang

Jasa bakti tak pernah hilang......

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

suara peringatan..