Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Followers

BiCaRa tErpEnDam... (akhir)

Friday, 7 May 2010






Sambungannya..


“Enta pernah dengar orang kata, aku ni mandi tak basah, makan tak kenyang,.. dan macam-macam lagi kerana cinta?”


“Pernah juga…”


“Enta tahu kenapa??


“Entah la….”


“Kerana cinta itu suatu naluri yang Allah telah fitrahkan ke atas manusia. Bukan seorang manusia yang sempurna sekiranya seseorang itu mengatakan tidak pernah mempunyai perasaan cinta…”


“Maknanya tidak salahlah ana bercinta??”


“Memang benar cinta ini fitrah, tetapi perlu diingat cinta itu bisa sahaja membawa manusia bersuka-ria di taman-taman syurga ataupun jatuh ke dalam gaung neraka yang penuh dengan pelbagai kesengsaraan yang amat dahsyat…”


“ya Allah.. nauzubillahi min zalik….”


“Akh ana pernah ibaratkan cinta ini seperti DADAH.Dadah yang tidak dikawal pengambilannya, maka akhirnya ia akan menyebabkan ketagih dan amat payah untuk kembali menjajdi neutral kembali. Padahal, Dadah yang digunakan secara optimum mengikut kadar sukatannya, akan menjadi ubat yang menyembuhkan kesakitan… Tepat sekali perumpamaan ini, Cinta itu DADAH..”


“Erm… ana masih tidak faham penggunaan cinta secara optimum itu….”



“Allah S.W.T berfirman..

z`Îiƒã Ĩ$¨Z=Ï9 =ãm ÏNºuqyg¤±9$# šÆÏB Ïä!$|¡ÏiY9$# tûüÏZt6ø9$#ur ÎŽÏÜ»oYs)ø9$#ur ÍotsÜZs)ßJø9$# šÆÏB É=yd©%!$# ÏpžÒÏÿø9$#ur È@øyø9$#ur ÏptB§q|¡ßJø9$# ÉO»yè÷RF{$#ur Ï^öysø9$#ur 3 šÏ9ºsŒ ßì»tFtB Ío4quysø9$# $u÷R9$# ( ª!$#ur ¼çnyYÏã ÚÆó¡ãm É>$t«yJø9$# ÇÊÍÈ

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)


Allah telah menjelaskan dalam Alquran bahawa manusia ini memang telah diciptakan dengan dihiasi dengan perasaan cinta.. Manusia ini cintakan wanita-wanita, anak-anak, seterusnya harta-harta yang banyak namun cinta yang paling agung dan abadi ialah cinta Allah dan Rasulnya…”



“Tapi… bagaimana ana nak melupakan perempuan itu? Sebab perasaan tu bukan ana yg jemput, tapi ianya datang sendiri… enta tahu.. susah…..”


“Enta tahu, sekiranya seseorang itu menjumpai cinta Ilahi, cinta lain akan terasa kecil dan tidak bermakna lagi. Pernah dengar cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf? Awalnya Zulaikha ini sangat-sangat cintakan nabi Yusuf, namun setelah berkahwin, Zulaikha ini menjumpai satu cinta yang mana tiada tandingan dengan cinta-cinta yang lain iaitu cinta Ilahi….

Ana tahu bukan mudah untuk melupakan.. tapi cubalah untuk tidak menghiraukan……”


“Ana dah cuba…Namun adakalanya ana asyik terbayang-bayang muka dia, ana tak pandai nak gambarkan, hanya orang yang pernah alami sahaja yang mengerti…..”


“Enta kurangkan duduk bersendirian. Syaitan sangat gemar mempengaruhi manusia yang keseorangan. Ibaratnya kambing yang jauh dari kawanannya, sangat mudahlah bagi snag serigala untuk menerkamnya.. Ana faham perasaan enta sebab ana juga pernah mengalaminya… semuanya atas kita untuk mengatasinya….”


“huh…”


“Dan yang paling penting,yakinlah akan kuasa DOA. Ceritakanlah segala masalah enta di dalam doa. Bangunlah di sepertiga malam mencari kekuatan yang tersembunyi. Tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaianya. Allah tidak membebani manusia melainkan apa yang manusia mampu menghadapinya sahaja…..”


“InsyaAllah ya akh… enta banyak memberi kesedaran kepada ana…. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan enta..”


“Ma fi musykila yaakh (tiada masalahlah saudaraku), kali ini enta ada masalah, ana tolong.. Lain kali ana ada masalah, entalah yang ana harapkan….hehe”


“Haha… insyaAllah…. Moga-moga ukhuwah ini kekal hingga ke pinyu syurga….amiin…”


“amin……”









p/s = Cintailah Yang mencipta Cinta.........

0 comments:

   

:: Menghitung Hari ::

About Me

My photo
Seorang penuntut ilmu di Mu'tah University, Mu'tah, Jordan. Tinggal di Bayt Bukhara, Mu'tah, Karak. Pernah belajar di KOSTAQ YT-Besut. Kemudian berpindah ke KOSTAQ YT-Dungun yang ditukar nama menjadi SM Imtiaz Dungun. Berhijrah ke SMA(A)SZA, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga sanawi tiga. Seterusnya, terbang ke Jordan dan sekarang sedang menyiapkan ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin..

:: Sangat Dirindui ::

:: Sangat Dirindui ::

:: Ad-DuYyuF ::

suara peringatan..